26 January 2011

hampir sebulan berlalu

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/26/2011 11:39:00 AM 0 PeMbErI IdeA
ksalam...
wahhhhh... kejap je masa berlalu... huhuhu... ok2... permintaan oleh rakan2!!! well... alhamdulillah... sebulan ditempat yang baru... suasana pun baru... orang2 pun baru kenal... setakat ni alhamdulillah... kawan2 baru sumer best2... n hopefully ianya akan berterusan insyAllah...

suasana ??? okk... sejukkk sgt ... kadang2 tengah hari pun terasa nak pakai sweater hehehe.... dok tinggi2... angin mak aiihhh kuat.. xde nya sepoi2 dah ..hahha...*terasa di overseas*...

study??? errr.... byk benda in progress... huhuhu.. naik cuti byk sgt task pastu report itu ini.. so, dengan bersemangat nya aku akan angkut bhn2 nk wat keje kt uma... dan teramat berharap dpt buat sumer cuti ni nnti..insyAllah...

praktikal?? err... so far in progress gak... target kt mlk nnti biau dekat dgn en bpk n puan mak...hehehe nak anje2 kt uma n sgt jeles dak abg kt uma jd anak kesygan konon..hahahah....

tutor?? so far ok agi... xmenggangu sgt perjalanan study kat sini...

ape yang penting skrg nk study smpai lebam... hahha... jgn2 ... study smart sudah... hahha...

target???
-mesti lah lulus dgn cemerlang n terbilang
-nak cri tempat praktikal yg leh serap terus
--rajin g library wat some research..
-jangan mls2!!!


post signature

10 PETANDA DIA JODOH KITA

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/26/2011 12:37:00 AM 0 PeMbErI IdeA
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


post signature

p/s : taken from facebook

25 January 2011

apabila.....

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/25/2011 07:05:00 PM 0 PeMbErI IdeA
salam....

apabila... 2 kepala ini bersatu iaitu en future and me.. pelbagai plan yang dirancang..hehe... berikut adalah aktiviti kami....

24.1.2011
arini chef en future akan masak steamboat utk si gadis beliau...hahaha... hehe.. rancangan ini adalah secara spontan..walaupun sebelum ini kami mmg ade plan tp dh lame sgt... berkurun lame gitu..baru lah kali ni dengan lapar yang amat plus perut yang munyik2... dan terasa berangin menandakan bahawa perut si gadis masukk angin!!!! cpt lh chef en. future... lapo dh ni... ad yang termakan en future ni kang..hehehe

sabar menunggu juadah hari ni..

ane ni ..lapo dh..

yeah2.. en.future nk masak..weee... 
8.1.2011
bila kepala kami bersatu lagi...kami dengan rajin nye... explore kuala lumpur dengan pengangkutan awam ...weee... dh macm pelancong asing dh...haahaha... banyak pengalaman kami dapat.. yelah lebih2 dak ala2 jakun cam aku ni.. excited semacam... en. future layan kan aje perangai gila2 and hasrat murni si gadis....weee...
 sabar menunggu ktm

en future peneman setia..cewahhh

teruja 1st time smpai kl tower ni..

ok en.future mane arah kita.???

ok si gadis.. sekarang kita berada disini....(penoh semangat)
post signature

20 January 2011

today is public holiday!!!

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/20/2011 11:59:00 PM 0 PeMbErI IdeA
salam...alhamdulillah... akhirnya aku dapat gak menjejakkan kaki ku ke zoo negara... walaupun pelbagai controversy hehe..akhirnya...dapat jua... maybe agak pelik coz lawatan ke zoo di usia2 sebegini...tapi banyak pengalaman yang menarik dan amat berharga... pada mulanya aku hampir2 xdapat pergi..coz konon nya ade meeting or seminar ..namun alhamdulillah... dh cancel horray!!!!

sehari sebelum kejadian...

sambil beli barang untuk program en.future weekend ni...kami sempat beli barang2 picnic kami iaitu lawatan ke zoo negara... hehe... mcm2 aku rembat.... mengeluh sebentar en future melihat kerakusan aku beli jajan... dengan alasan... " laaaa... sekali sekali xpe kan??" sambil angkat2 kening kiriku... akhirnya en.future mengalah... hehhe... suke2...

hari kejadian....
seawal 6pg en future kejut aku bangun...* sebenarnya malam sebelum kejadian aku agree nk kejutkan dia* .. dengan bermalasan aku bangkit... solat dlu... pastu termenung... gosok baju sat... kemas2 ape2 yang patut... then last sekali baru mandi... hehehe... setelah bersiap2... tepat kul 8 pg en.future bersama rakan2 telah tunggu di bwk... aku dan miss f.. iaitu housemate aku pun bergerak turun kebawah..hehehe....aku menaiki "ferrari" merah mr. B...

kami ke utm semarak untuk mengambil miss S... hehe... time on the way ke sane.. kami sesattt!!! tp... yang menariknya.. aku dpt ke tugu negara,little india dan sebagainya...*walaupun hanya duduk dlm kete...kekeke"...kira ok le tue kan... daripada tak tahu dimana letaknya tempat2 berkenaan...kn2...

setelah ambil miss S... kami ke bergerak ke zoo negara... weee... seawal 10 pg kami sudah terpacak kt pintu masuk..hehe... setelah bayar rm25 seorang kami mula melawat ke kandang2 haiwan... hehe.. comel sungguh mereka ini... hehe... ade pertunjukkan haiwan... memang pelbagi informasi yang kami dpt..hehe ...

tapi yang bertambah serinya...apabila kami terserempak mia sarah tgh shooting!!! hehe* teruja*... mula2 kami nampak mr sathiya * betul ke eja name tue?? *..hehe... beliau kelakar dan sempat mengusik pengunjung disitu... nabil??? hurm... ade gak... tp aku kurang minat pd beliau *maaf ye*....dan paling best dapat bergambar dengan mia sarah...

mia : " papa2.. satu je ea?"
papa mia : " senyum mia.... "
(tanpa menjawab soalan mia)
mia: mia letih la...
namun mia tetap melayan kami ambil gambar... huhuhu..ksian tgk mia... maybe kanak2 sebaya beliau sedang bermain2 ..tp dia tgh bekerja...huhu...

selepas tue..kami terus ke surau... n setelah abis solat... kami ternampak mia dan lisa surihani!!! .wow.. cantik lisa ni... hehe.. tanpa bermekap... namun kami x sempat ambil gambar mereka berdua...huhu *sedih*... lisa tetap senyum pada kami...walaupun terselah kepenatan beliau... beliau beriringan dengan mia masuk surau... hehe... mia sangat rapat dengan lisa..hehe.. comey..hehe


sejurus selepas itu kami pun pulang dan singgah makan di food court jusco wangsa maju..* keletihan*...setelah window shopping... kul 6 kami bergerak ke kampung baru... huhuhu.. xdpt mam kt steak house... just dapat gi restoran kapal... huhu... setelah mkn n kepenatan..kami pun pulang ke rumah..huhuhu... letih sangat.... dan inilah public holiday yang best sgt2!! thumbs up to all hehe....




bermain dengan kambing
di kampung baru...

en future pun nk gakkk

penguin yang comel... pingu!! pingu!!


aku dengan sesuatu...jengjeng

duta bru...hehehe

syhhhh... mia shooting tue

mia khusyuk berlakon...

comey..terselah sifat penyayang beliau

me and mr.future..with..errrr... mr ele...hehe

mia yang keletihan...

thanks mia...(^_^)

jom blikkkkk


post signature

19 January 2011

it's all about life

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/19/2011 12:19:00 AM 0 PeMbErI IdeA
salam
jeng...jeng.. life must goes on...hehe... it simple statement but too meaningful for me... hehe... my days is fulfill with activities ...now i have extra activities... which is be a tutor... alhamdulillah... ramai yang bertanya kenapa jadi tutor?? ada masalah dengan kewangan ke??? ooohhh... tidakkk kawan2... cuba think positive.. aku join ni pun sebab nk experience and built my confidence.... coz i have to teach them science in English.. sometimes... and almost mostly i 'm used broken English...grammar "tunggang-langgang"...hahah... but the most important  i get my confidence to speech in front people... i assumed it was my learning progress to prepare my FYP presentation and other presentation... i can manage my nervous slowly...

wow... heheh... aku tulis dalam English??? hehhe... grammar?? cam biasa hampeh lagi... xpe2... bleh belajar lagi... skrg ni aku mula yakin bila speak english ...hooho... bagus2 permulaan yang baik kn2...* puji diri sendiri...wekkk*

post signaturesekarang ni kebanyakkan jam2 ataupun hari2 ku banyak dihabiskan bersama en. future... heheh... do my research,study,mkn,minum,jalan2,shopping,berborak,gaduh,majok,gelak, ketawa sumer dengan beliau... beliau benar2 kini menjaga diri ni...acececeh... *blushing* ... thanks to en. future... se-buzy2 beliau... beliau tetap sabar melayan karenah future wife dia ni ahaks * dh mula berangan dh*..hohoho... kadang2 kesian gak dengan dia... tp time ni lah nk menguji dia..kekekee... * gelak evil*...alhamdulillah... wat masa ni result adalah memuaskan... beliau lulus dengan A-..kenapa A-??? sebab ..hahha... adalah... hehehe... *dalam hati kini bertaman bunga*....

06 January 2011

merindui mereka

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/06/2011 09:21:00 PM 2 PeMbErI IdeA
salam..

alhamdulillah...masih lagi diberi peluang untuk bernafas dimuka ini... syukur kepadaNya... alhamdulillah... hehehe... minggu ni minggu pertama aku ...hurm... mood aku study memang melayang entah ke mana .. terbang dibawa sang angin kristal sepoi-sepoi bahasa... <---cehh... poyo jer.. kui3... memang weh... malas nya..diri ini.. apa yang sedang berlaku ??? nk study mls.. <---wah2... dating x malas plak kn... buwekkk

bile nk start engine ni?? sejuk dan beku dah otak aku ni hah.. nk masuk cam tak lekat.. ape daaaa...<---kalu gossip lekat plak..kahkah2...

aku rindu encik bapak n puan mak..huhu.. dh homesick..huhu.. belum puas bermanja2 dengan mereka berdua.. mau mengada-ngada dengan puan mak.. huhu.. uwaaa... MaKkkkkk......rindu juga dengan anak2 ku...

nama diberi aisyah azzahirah..hehe...  

ainul muhammad ...<---ske time dia solat..hehe

muhammad mustaqim...mcm nk gigit2 je dak ni.. hehe geram

nur hanis aqilah..inilah teman bergaduh.alolo...trademark beliau" nat r qiya "..

muhammad thaqif..hehe.. suke tgk dia jln ..nmpk langkah kecil tp laju weh..

ade je lagi..tp dh besar... kalu letak sumer nnti x muat..haha.. ape2 pun sumer skali busu ima windu...hhuhuhu
post signature

flashback lagu kanak-kanak...(^_^)

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/06/2011 08:46:00 PM 0 PeMbErI IdeA
salam...


 testing...testing... 1...2...3.. <<---set suara... mari kawan2 mari  kita nyayi lagu sambil buat gaya nya skali ye...


gajah hidung panjang...
gajah hitam besar...
kaki macam tiang... 
dua telinga lebar...
telinga macam kipas..
jalan bongkok-bongkok
gajah tidak malas kuat tolak pokok...

gajah badan besar...
tapi takut tikus...
Allah Maha Besar... 
Lagi Maha kudus...


dari ulat jadi kepompong
tidur lena dalam kelongsong
sampai masa kelongsong pecah..pOMmmm
jadi rama rama yang indah

rama-rama terbang melata 
hinggap satu dipohon bunga
sungguh cantik aneka warna
tapi sayang hidup tak lama...
cicak-cicak di dinding...
diam-diam merangkak
nampak seekor nyamuk..
lalu ditangkap..
post signature

04 January 2011

1st day kelas

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/04/2011 07:48:00 PM 0 PeMbErI IdeA
salam.. alhamdulillah... sumernye selamat... hrmmmm 1st day klas.... 1st day ke?? hahah... ari ni hari pertama aku g fakulti setelah bercuti untuk sekian lama... adei... jadual?? hurm.. cam penuh je... best lah en future klas sikit je huhuhu... jeles sgt ni... xske2... sem ni sem akhir aku kt shah alam... with new environment with new friends... new house... make me feel so different... hehe... alhamdulillah ... sume ok ... member2 baru pun ok... maybe life kami berbeza... tapi alhamdulillah boleh ngam lagi... hehe... baru 2 ari kot.. keh2... apapun hope kami sumer dapat grad on time insyAllah amin...

ari ni aku cam blur ... adei.. mengantuk giler masuk klas ari ni... menguap byk kali thanks kak anis sedarkn aku..kalu x..hurm... memang berdengkurlah aku nnti... hahaha... <--- selekeh!!!
post signature

01 January 2011

tahun 2011!!!

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 1/01/2011 10:27:00 AM 0 PeMbErI IdeA
salam

alhamdulillah.. kita sedang menjalani satu fasa lagi dalam kehidupan... ternyata 2010 byk yang telah aku pelajari.. dari segi pengalaman yang manis,pahit.. telan satu persatu... alhamdulillah kerana sedikit sebanyak impian aku tercapai tp bukan lah semua.. namun aku tetap bersyukur...hehehe

2011 maka suatu perubahan yang agak mendadak bagi aku.... aku akan mula berkawan dengan orang baru..persekitaran yang agak asing.. namun aku tetap berdoa semoga aku dapat menyesuaikan diri... orang kata tak kenal maka tak cinta rite?? hehe... lagi pun aku penah melalui saat sebegini.. aku penah dicampak kan ke tempat yang kat situ seorang pun aku xkenal... persekitaran yang berbeza... namun tidak dinafikan cuak tue tetap ade coz aku agak pendiam dengan orang baru aku kenal... insyAllah semuanya akan berjalan dengan lancar...

this year is my final year... lagi 5 bln je aku kat shah alam.. harapan tentulah tamat dengan cemerlang.. hehe... seram sejuk aku nak menghadapi presentation.. dengan final year project yang still in progress huhu... aku tau final year degree sukar berbanding diploma dlu...
post signature
esok mahu pulang ke shah alam... barang xkemas lagi.. hurmmm... biase lah.. aku ni tiap sem begini.. huh... semangat lah cik sha oiiiiittt.. jangan malas2 k... tlg buang sikap malas anda tersebut...