31 October 2013

Klinik

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 10/31/2013 05:00:00 PM 0 PeMbErI IdeA Links to this post

Assalamualaikum..
Alhamdulillah kandungan ku semakin matang .. Preparation untuk baby pun telah siap sepenuhnya..

Hari ni checkup kat poliklinik peringgit melaka. Alhamdulillah .. HB naik.. Petua makan buah kurma 3 biji dan air zamzam setiap pagi menjadi.. Excited en. Suami nk ajak beli kurma dgn air zamzam lg.. Makan sampai bersalin nanti.. Alhamdulillah..

Semalam sempat pergi scan 3d baby alhamdulillah anak umi dgn walid sihat.. Siap senyum kat kami lagi.. Walid excited tengok baby.. Kami pergi klinik kt ayer keroh..

Poliklinik wahidah
No. G-8, jalan KC, kota cemerlang,
75450 ayer keroh, melaka.
Tel:06-2519500

Waktu rawatan
Isnin- khamis :8pg-10mlm
Jumaat: 8pg-12tghari
Sabtu & ahad: 8pg-10mlm
Cuti umum : tutup

Nampak nya en.suami sangat berpuas ati dgn servis klinik ni. Maklum lah bkn senang nak cari klinik yg ad scan 3d Muslim kt melaka .. dan sangat friendly.. Penuh keibuan.. Tp sebelum pergi kena call dulu .kadang2 patner dia yg ad..

Yang ad pn kat hotel king tapi bukan doktor perempuan muslim lah kan.. Klinik liu & vincent.. Mahal sgt kt sane scan SAHAJA dh rm100.. Pastu ramai sangat dh mcm kt klinik kerajaan ..dh la lelaki plak tue..

Kalu kt doktor hanisah hospital pantai pulak mmg ok doktornya tp macam lambat then ramai sangat dan juga agak mahal plus nurse pn tak friendly... Servis dia tak macam doktor rohaini kt colombia nusajaya johor.. Rindu nak g sana . Dh la murah, servis best tenang je rasa.. Nurse pn Teramat friendly.. fyi.Bil checkup plus ubat dgn dr. Rohaini tak pernah cecah rm100..

Ad gak beberapa doktor perempuan Muslim kt melaka ni. Kt hospital putra dgn hospital mahkota medical center .. Dgr cite mcm best gak tp xpnah g sana.. Tak boleh nk komen..

Ad yang kata sama je doktor lelaki ke perempuan tp bg aku mmg xsama dan kita bukan dalam darurat pun.. Masih ad option lg.. Aurat lg penting.. Kalu brsalin kt hospital bukan makna kita kaya tapi lebih menjaga aurat ..

Apapun pilihan di tangan kita..

06 October 2013

Mengelamun

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 10/06/2013 01:22:00 AM 0 PeMbErI IdeA Links to this post

Alhamdulillah.. Pejam celik dah masuk 8 bulan .. Baby banyak menghasil gerakan comel dan mengujakan.. Barang2 bayi pun dah hampir 90% lengkap.. Barang umi je belum settle lagi.. Tak pe.. keperluan Baby lebih penting .. :-)

Alhamdulillah ... En. Future eh silap.. En. Hubby dapat keje Gomen kat Melaka.. Rezeki baby.. syukur alhamdulillah..

Kesian En. Hubby keje sorang2 memandangkan diri ini tidak dapat bekerja .. Orang banyak mengata.. Tapi mereka tak tahu kenapa aku tak bekerja.. Jangan lah menghukum jika tak tahu.. Ada pula yang mengata aku menghabiskan duit laki beli barang mahal2..padahal barang2 ni pun aku beli sebelum aku berhenti keje dan sebelum bergelar isteri .. Kenapa ? Hina sangat ke takda kerjaya? Kenapa nak pinggir aku? Kenapa seolah2 menyalahkan aku ? Alhamdulillah suami sangat mengerti.. Memberi sokongan doa dan motivasi pada diri ini. Dan mengingatkan aku rezeki yang Allah s.w.t bagi yang sangat  bermakna dan amanah daripadaNya.. Si kecil yang bergerak2 dalam perut ni. Alhamdulillah.. Allah s.w.t beri rezeki pada hambaNya dengan cara berlainan..

Semoga kami dapat mengharungi segalanya dengan tabah dan tenang.. Dan semoga rezeki daripadaNya tidak putus.

Baby umi dan walid.. Semoga jadi anak yang soleh atau solehah ye sayang.. Selalu doakan umi dan walid ye sayang.. Kamu lah harta yang paling bernilai bagi kami dan amanah daripadaNya ..

Baby umi dan walid.. Semoga kuatkan iman untuk mengharungi kehidupan akan datang.. Nanti zaman kamu amat berlainan dengan kami.. Dugaan dan godaan makin bertambah ..

Umi dan walid sayang baby ketat-ketat:-)