Assalamualaikum
Hari ini kami kehilangan seorang yang tersangat istimewa iaitu Muhammad Aniq Hakimi @ alim..anak saudara suami.. Trkilan ..Aku tak dapat lihat wajahnya untuk terakhir kerana aku sedang sarat mengandung.. Tinggal tunggu hari je ni..hanya suami yg dapat pulang ke JB.. Hu3
Alim di masukkan ke hospital kira2 sebulan yang lalu akibat jangkitan pada paru-paru..dan terus di icu hingga nafas yang terakhir..
Kami sangat rapat dengan alim memandangkan sebelum kahwin suami duduk dengan family kakak ipar.. Selepas kahwin pn rumah kami dekat.. Selalu bermain dengan arwah.. Banyak sangat memori dengan arwah sebab arwah dan kakaknya lah yang paling rapat dengan aku berbanding dengan anak buah yang lain..
Setiap kali balik kg sama2.. Arwah ske duduk tengah antara aku dn suami.. memang dh mcm set tue tempat duduk arwah..Kira mcm co pilot.. Same2 mengajar arwah jenis2 kenderaan kt highway.. Arwah excited tengok bas. Trailer Kontena pn dikata bas.. Arwah ske dengan mainan kucing yang boleh menari.. Arwah akan menari dengan kucing tue.. arwah pun ad patung harimau kesayangan..
Bulan 6 lalu kami terpaksa pindah melaka.. Sebak sangat masa tue.. Ayat yang selalu keluar adalah 'lepas ni dah jarang main dgn alim. Aunty dgn uncle dh dok jauh.' selepas kami pindah suami lah org yg sangat trasa kehilangan.. Hinggakan ank buah yg kt jasin yg sebaya alim pun selalu tersasul trpanggil alim.. Banyak sangat memori brsama arwah sampai tak terluah kat cni..
Skrg ni bukan kami yang jauh tp alim yg dh jauh sgt.. Dalam diam2 kami pnah wat research penyakit alim.. Tiap kali checkup bby.. Kami akan selitkan tanya tentang penyakit arwah dan brcerita tentang perkembangan arwah kt setiap doktor yg kami jumpe. Rata2 doktor pakar kata kalu di ikut cerita kami alim tahap kritikal dan minta kami banyakkan berdoa. Pada waktu ni macam2 dah trdetik tp kami tetap optimis.. Semua nya kuasa Allah s.w.t .. InsyAllah alim akan sembuh. Tp apakan daya perancangNya hanya Dia yang mengetahui.. Akhirnya alim kembali jua kepadaNya.
Allah s.w.t pinjamkan alim kepada kami selama dua tahun .. Semoga alim tenang di sana.. Kerana sudah tentu tempat alim di syurga Allah s.w.t.
Dan moga mama papa alim tabah mengharungi ujian Nya..
Ya Allah kami redha ketentuanMu..
0 PeMbErI IdeA:
Post a Comment