27 June 2008

30 tentang wanita...

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 6/27/2008 11:50:00 PM 0 PeMbErI IdeA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

aku semakin dewasa lor!!!

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 6/27/2008 04:48:00 PM 0 PeMbErI IdeA
salam sumer...
kadang-kala tidak dinafikan kita telah dewasa...yup.
aku akui skrg ni kite dlam peralihan dripd remaja ke dewasa..
tup2 tanggal 18.08.2008 ni genaplah aku 20thn dgn rasminya..
huhu..mak!! anak bongsu mak dh bsr!! hehe.. tp paling xbest mesti mak aku reply
"hah..elok lah tue dah bleh jadi bini dgn mak org skali"..gulp!!!
terdiam aku.. hai lain mcm jo bunyi nyer...ohhho..nonono.. xbleh...
anak mak ni byk cita2 n harapan dia bsr mak..hahhaha

skrg ni aku tgk ramai sedara n kwn aku kawen awal2..
hhuhu..pelik gak(ape yg plik nyer sha... dh jodoh diaorg daaa)
hahha...segan gak nk gi uma sedara aku tunang ari tue...
yelah mesti sedara2 yg sebya aku bwa boyfriend masing2...
ni yg mls ni.. coz mesti ramai tanya.. hai ima xda boy friend ke??? asyik ikut mak ke hulu ke hilir..
hehehe.. biase nye aku akn senyum smpi nmpk gigi.. n cpat2 blah..hahha
mls seh nk layan bende2 sensitif ni.. tersinggung gitu..hukhuk

erm..paling dkat farah mmber aku mase form 3 nk kawen bln 8 ni..huhu
insyAllah aku sampai itu pun kalu xda program kt kampus..plan nk gi dgn nabilla dgn nadia
... hohoho.. mesti dpt jumpa mmber2 aku yg lain kn??? hhuh.. rindunyer kt mereka!!!

hohoho... sok ingt nk jumpe mmber aku shaz nk pi mkn cendol tp kakak aku plak nk dtg..huhuh... aku pun dh lame xlpak dgn kakak aku ..huhu..inilah masa yg paling best!!!dpt jumpa anak2 buah aku tue..hhuhu.. lame x nyakat diaorg huhu...

minggu dpn dh nk blik kampus..huhu.. blum bli brg2 agi..nnti2 lah aku gi lusa ke tulat ke ..erm..ajak illa n zul pun ok gak ni

25 June 2008

kaki wayang...

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 6/25/2008 10:31:00 PM 0 PeMbErI IdeA
hi sumer..
ari ni nk borak pasal cinema.. well semester break kali ini masa ku byk aku abis kn kt umah n panggung wayang.. hahha.. mcm2 citer aku tgk.. al maklum lah umah aku dkat dgn MBO cinema Melaka.. tue yang bersemangat waja tue.. dlm byk2 filem aku tgk.. aku ske filem get smart.. best n lwak giler.. kung fu panda pun not bad gak...aku ske get smart coz aku minat giler dgn anne hathway hehe.. aku rase dia lah kategori pelakon yg pling cantik heheh... aku plan nk gi tgk wanted dis weekend.. huhu.. tgk lah camne nnti..sama ade nk tgk sepi or wanted... erm... mane satu eh??? erm...

19 June 2008

dunia baru...

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 6/19/2008 03:19:00 PM 0 PeMbErI IdeA
sedar x sedar skarg ni aku dh 20thn ...cpatnya masa berlalukan?? hahaha... tapi org sekeliling still anggap aku mcm bdk remaja n mentah.. lebih2 lagi kalu aku luahkan pendapat tentang isu politik semasa dan harga minyak sekarang... huhu..sedih gak aku yelah next year aku dh bleh mengundi ape... hehe.. tp diorg xfhm ..diorg kata tugas aku belajar n belajar jgn pandai2 nk msuk campur hal2 org dewasa... what the fish!!! aku pun ada hak nk bersuara!!! Malaysia kan demokrasi !!!

kalu sentuh hal2 politik nie aku mmg atas pagar n bukan lalang mcm sesetengah pihak tue... mcm meraka kalu nk mintak bantuan gi pada kerajaan.. n kalu bleh nk anak2 mereka kerja kerajaan..sanggup tue gi jumpa ketua menteri.. padahal blakang2 bukan main kutuk lagi kerajaan.. kesian mereka yg xda pendirian tue kan??..

bagi aku xperlu lah nk dapatkan undi dengan cara menyebarkan fitnah mana2 pihak... setahu aku kalu kita menyebarkan "berita" tue yg x sahih kita seperti telah mmbunuh seorg manusia.. so,kalu org kata ade org pembangkang dapt sumber drpd negara2 berkenaan igin memerintah aku diam kan saja ..bagi aku selagi aku x dapt sumber yg btul sahih aku 100% xpercaya... dan kalu ade org kata org kerajaan sekian2 telah terlibat dlm rasuah or merancang pembunuhan.. aku x kan percaya kalu x da bukti yg kukuh...

k lah gtg... hehe.. next time aku tulis agi....

18 June 2008

salam...

DiKarAnG oleh: SHA AZIS PaDA 6/18/2008 09:29:00 PM 0 PeMbErI IdeA
hey its me sha.. family panggil aku busu ima tapi ade gak yg panggil mode,ami... hohoho..ape2 pun im so glad if u all call me sharima.. hehe... nie blog aku yg ke brape pun aku dh lupe hehe.. sori... dulu msa skolah tue aku slalu gak update blog aku kt xfresh pastu ade gak bberapa blog kt friendster tp aku delete ..nk tau nape?? hehe ade lah...nnti lain hari kita citer eh... aku ade blog kt myspace n sampai skrg still active ag.. so,sape2 yg rajin gi ar tgk kt myspace aku...


hohohoh... k lah gtg bye2

wassalam...